Nuffnag Ads

Sunday, December 29, 2013

AKHIRNYA 2013 DAN BERMULA TAHUN BARU 2014...HOPES AND REGRETS


Semakin hampir dengan tahun baru 2014 semakin banyak keluh kesah di kalangan masyarakat Malaysia. Ramai yang menganggap tahun 2014 akan menjadi lebih sukar dengan kenaikkan harga barangan, petrol, lesen perniagaan. Hampir kesemua jenis perniagaan akan dikenakan cukai sedangkan pendapatan tidak langsung meninggkat. Apa yang ingin saya sampaikan bukan satu rungutan cuma ingin mengimbas kembali sikap kita hingga kita lalai yang akhirnya menyebabkan kita menanggung kerugian di masa hadapan.

Dulu apabila negara boleh dikatakan agak senang dengan datangnya pelbagai brand dan perniagaan. Rakyat kita boleh dikatakan agak boros dimana kita selalu mengejar barang-barang yang agak branded dan kedai makan yang menjadi trend, biasa akan melepak di kedai fast food seperti kfc, starbuck, mc donald dan lain-lain. Kehidupan sebegini memang sudah sebati dengan masyarakat kita hingga kadang-kadang kita terlalu mengejar wang untuk memenuhi life style begini yang sebenarnya kita terikut akan life orang barat. Dan pihak kerajaan juga tidak mendisplinkan rakyat dan tidak memberi contoh yang telus untuk rakyat mengikuti teladannya.

Sama-sama kita imbas balik kehidupan kita yang dulu hingga menyebabkan kita diselebungi dengan hutang-hutang. Yang penting ialah keinginan untuk berubah dan cuba bersederhana dalam kehidupan seperti yang diamalkan dengan Rasullah S.A.W dan mendidik anak-anak kita dengan bersederhana. Malangnya kanak-kanak sekarang dari kecil sudah mengenal wang dan gadget-gadget dan menjadikan mereka agak merealistik. Sepatutnya kita kena kembali semula ke ajaran Islam dan lebih menekan kan kepada anak-anak ini tentang kasih sayang dan belas kasihan serta rapat dengan keluarga, ini menjauhkan mereka dari berfikiran meterialistik. Seperti di Jepun mereka terapkan akhlak yang baik terhadap anak-anak semasa kecil.

Hasil dari sikap dan lifestyle yang terlalu mengagungkan brand (mengikut barat) kita digolong paling banyak penghidap Diabetes, paling banyak makan di luar, dan paling malas masak di rumah dan paling malas melakukan senaman dan aktiviti riadah. Dari data sudah membuktikan bertapa kita mudah mengikut trend dan lupa akan budaya kita hingga anak-anak kita juga mengikut jejak langkah yang sama.

Paling membimbangkan ialah langkah kerajaan yang juga tidak membantu apabila negara menghadapi krisis ini dimana mereka menaikkan harga barangan dan perniagaan di kenakan cukai. Yang lebih penting ialah mendidik kita semua untuk berjimat cermat dan bersederhana dan kembali merapatkan hubungan dengan keluarga untuk megisi masa bukan dengan boros dengan barangan yang tidak perlu dan menghabiskan masa di kedai fast food. Kerajaan perlu menekan kepada rakyat untuk makan dengan berkhasiat dan bernutrisi. Jangan menaikkan harga barangan keperluan dan petrol tapi belajar berjimat dari akar umbi dan menaikkan harga barang import atau berjenama sahaja. Seharuskan kerajaan perlu juga mendapatkan idea, input dan rungutan dari rakyat untuk mendapat cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah negara sendiri. Kita sepatutnya bersepakat bukan untuk berbalah sebab nanti di akhirat nanti kita semua juga akan disoal.

Saya lebih suka jika kita pandang ke sebelah timur seperti Brunei, Japan tapi menjadikan budaya kita sebagai jati diri juga. Seharusnya kita perlu kembali kepada jati diri kita sendiri dan Islam (cara hidup) yang sudah ada termaktub cuma perlu diamalkan. Cara hidup barat sendiri sudah terbukti salah dan tidak berkesan menangani masalah kehidupan yang mereka sendiri pun tengah terkapai-kapai.


No comments:

Post a Comment