Nuffnag Ads

Sunday, December 29, 2013

DIET & MAKANAN - ASIA


Kalau tengok cerita korea dan jepun bila dorang makan memang terliur sangat2. Dalam kepala mengharapkan makanan Malaysia sebegini menarik. Tapi memang makanan Malaysia menarik, saya masih sukakan makanan Malaysia tapi malangnya jarang di kedai-kedai makan menyediakan makanan Malaysia yang sebenar. Mereka selalu menghidangkan masakan panas yang jika pergi ke mana-mana kedai boleh dikatakan sama ajer menu.

Well, my hometown in Kota Bharu memang demand nak macam kat kampung. Masa masih di kampung memang tak runsing sebab banyak makanan yang memenuhi citarasa saya yang suka ulam-ulam, budu, ikan dan kadang-kadang seafood. 

Pagi-pagi mak saya memang tak masak, sebab selalu akan beli nasi bungkus biasa panggil nasi lauk ayam, kerabu, nasi lauk ikan (kuah kuning dengan ikan aya) or asam laksa. Tapi taklah rasa heavy sangat sebab bukan greasy sangat dan rasa nya sedap. Biasa tengah hari makan nasi jugak tapi kadang-kadang kuah singgan saje dengan ulam dan budu sudah puas dan saya akan tambah lagi nasi...huhu

Memang dulu tidak ada nasi tak sah, tapi selalu selang seli dengan ulam. Petai jugak favourite saya sebab ia ada khasiat (elak kencing manis) dan mak saya ajar siap makan dengan kulit baru betul dapat khasiat. Biasa timun pun saya buat ulam, budu pulak campur dengan durian memang pergghh...

Biasa bila arwah ayah ada memang lagi syok, sebab kadang-kadang dia akan belikan roti tempayan, dan beli seafood macam ketam, udang bawa balik untuk masak. Satu lagi favourite saya etak-etak makan dengan nasi or nasi kerabu...perggh

Sekarang favourite food saya ialah korean and japan food. Dorang memang kuat jati diri dan asal usul hingga sekarang bangga dengan makanan mereka. Kalau masa Joseon Dynasty dah diterapkan dengan pelbagai color makanan dan pelbagai jenis makanan yang dikatakan menyihatkan untuk raja-raja dan kerabat hingga makanan tadi tersebar di kalangan rakyat sekarang. Tengok aje Bibimbap memang lengkap dengan pelbagai color makanan dan jenis-jenis yang pelbagai dan dimasak dengan simple dan tidak terlalu lama atas dapur. Dan kimchi pula dikatakan kalau amalkan selalu boleh menjadikan seseorang menjadi langsing. Kimchi amat senang untuk dibuat dan saya selalu akan buat kimchi untuk dimakan dengan nasi atau makanan lain.

Di Jepun pula makanan di hidangkan secara set lengkap mengikut kadar kalori yang berbeza antara lelaki dan wanita. Kalau korean terkenal dengan Dobokki, Jepun pula terkenal dengan Takoyaki, kedua nya sedap kalau kena dengan cita rasa seseorang. Berbeza dengan makanan kita mereka seperti membuat kajian mengenai makanan mereka sebab mereka tahu kandungan khasiatnya dan fungsinya tersendiri.

Alangkah bagus kalau ada yang suka melakukan perubahan atau menambahbaik makanan kita supaya ia menjadi satu kebanggaan kita asalkan ia berkhasiat. Kalau tarian boleh jadi fusion makanan kita juga boleh jadi fusion dan tidak perlu hanya boleh bergabung dengan makanan western yang biasa kita dengari, tetapi timur bersama timur juga lagi menarik.



No comments:

Post a Comment