Nuffnag Ads

Inter-dimension (short story)

Di dunia yang amat berbeza dengan dunia nyata iaitu dunia fantasi, kelihatan dua kanak-kanak sedang berkejar-kejaran di kawasan taman larangan yang indah. Mereka mengelilingi sebuah kolam pancuran air yang dibuat dari batu marmar yang amat indah buatannya, yang mengeluarkan cahaya kebiruan. Pancuran airnya dari ukiran seekor ikan besar yang mengeluarkan air yang jernih lagi bercahaya dari mulutnya. Di suatu sudut lain terdapat sebuah gazebo berbentuk bulat dengan warna putih, pelbagai pokok menjalar mengelilingi gazebo ini menjadikannya redup dan amat cantik dipandang ditambah dengan pokok ros pink mengelilinginya. Taman larangan ini dipenuhi dengan pokok-pokok bunga ros merah dan putih memagari sekeliling taman seperti taman maze. 
Bangunan istana tersergam indah dengan kubah kristal dengan bata batu kapur (limestone), menjadikan ia bersinar-sinar apabila terkena sinar matahari. Ia akan kelihatan keperangan sdi siang hari, manakala di malam hari ia akan menjadi putih sesalju salji. 
Dua kanak-kanak itu memakai gaun satin yang lembut berwarna hijau kebiruan, dibelakang mereka diikat reben biru yang panjang sampai ke buku lali, ia berayun indah pabila mereka berlarian. Kasut mereka diperbuat dari kulit bermutu tinggi dengan warna putih berserta sayap merpati dikedua-dua sisi. 
Tiba-tiba keadaan yang cerah dan ceria didatangi awan yang gelap dan mendung, angin bertiup kencang bersama suhu yang dingin menggigit tulang-tulang. Kedua kanak-kanak itu takut sekali dengan kejadian yang mengejutkan lalu berpelukan sesama mereka tanpa mampu bergerak kemana-mana. Dayang-dayang yang melihat kejadian ini dari jauh memanggil mereka masuk ke istana. Keduanya terus berlari menuju ke istana. Pada ketika itu sebuah pusaran hitam muncul entah dari mana, ia seakan lubang hitam yang menyedut segala unsur-unsur seperti cahaya, batuan, pokok-pokok dan lain-lain dalam laluannya. Makin lama makin besar pusaran hitam itu dan semakin menghampiri kedua-dua kanak-kanak tersebut. Salah seorang kanak-kanak itu terseliuh kakinya lalu jatuh tertiarap ke tanah. Dia kesakitan dan tidak mampu untuk menggerakkan kakinya lagi. Dia memangil rakannya meinta pertolongan. Rakannya yang terlebih dahulu kehadapan berpaling melihat rakannya jatuh ke tanah. Dia sungguh terkejut melihat rakannya jatuh tanpa dapat bergerak, yang membuatnya lagi panik ialah pusaran tadi semakin menghampiri rakannya. Rakannya sudah ditarik oleh kuasa pusaran itu menyebabkan dia terapung ke udara. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi, jika dia meluru kearah rakannya itu, makanya dia juga turut terseret sama ke dalam pusaran hitam yang merbahaya itu.
Manakala, rakannya merasakan satu tarikan kuat yang menarik kakinya ke belakang, dia sudah terapung ke udara sambil ditarik ke pusaran itu, badannya bagai diputar-putar seperti gasing, dia hampir saja berpaut pada bucu kolam pancuran akan tetapi permukaannya yang amat licin itu menyukarkan dia berpaut lebih lama sedangkan kuasa tarikan dari pusaran semakin kuat dirasainya. Lama-kelamaan tangannya sudah tidak dapat berpaut dari bucu kolam menyebabkan tangannya terlepas dan akhirnya memaksa dia masuk ke dalam pusaran itu. Kanak-kanak itu panik lalu memanggil rakannya "Aina...!!", panggilnya sambil disedut masuk ke dalam pusaran lalu hilang dari pandangan.
Rakannya pula amat terkejut lalu menjerit nama rakannya "Iman..!!", dia terus meluru ke arah pusaran itu tetapi sempat ditahan oleh dayang-dayang yang baru sahaja datang menyelamatkannya. Dia dibawa jauh dari pusaran itu, setelah sampai sahaja di hadapan pintu penghadapan istana, pusaran tersebut hilang secara tiba-tiba. Keadaannya tadi yang gelap gelita diganti dengan sinar mentari, suasana sudah kembali tenang tetapi kelihatan pokok-pokok tumbang, daun-daunan bertaburan termasuk peralatan taman yang lintang pukang.Aina merasa sebak lalu menagis setelah kelibat Iman tidak kelihatan dimana-mana. Dayang-dayang memujuknya untuk bertenang, dayang istana mempunyai aura yang menyenangkan,rasa sedihnya jadi sedikit berkurangan. Akan tetapi dia begitu menyesal kerana tidak mampu menyelamatkan Iman dan mengenangkan nasib rakannya itu setelah ditarik masuk oleh pusaran hitam tadi. Berita pusaran muncul telah mengejutkan istana, orang-orang istana keluar untuk melihat keadaan tersebut. Tetapi di suatu dimensi lain pula....(bersambung)
*****************************************************************


Ellron sedang enak memerhati bunga-bungaan dalam sebuah rumah hijau dalam laman rumah agam di Westhill,UK milik datuknya. Di dalam rumah hijau ini terdapat pelbagai himpunan bunga-bungaan dari pelbagai benua ada di sini, pelbagai species pelik yang kelihatan yang mungkin tiada di tempat-tempat lain. Ada Reflisia, Orchid liar,Daisy liar,lavender,carnation,lily,sunflower,tulips, teratai(lotus) dan pelbagai tumbuhan hidupan air.Semua ini memenuhi ruang di rumah hijau dengan dihiasi gazebo, kolam ikan dan tempat istirehat.
Ellron adalah salah seorang pelajar Institut Darius Iskandariah (IDI) di Malaysia yang terkemuka. Ini adalah cuti semesternya sebelum mulai pengajian terakhirnya di IDI. Cuti yang panjang menjadi peluang untuknya melawat rumah arwah datuknya disini. Biasanya dia akan mengambil peluang bercuti dengan rakan-rakannya, tetapi kali ini dia ingin benar melawat rumah datuknya disini lebih-lebih lagi rumah ini telah diwasiatkan keatas namanya. Kini rumah ini cuma diduduki oleh beberapa orang pembantu rumah yang setia termasuk seorang butler. Walaupun rumah ini agak lama (mengikut Ellron rumah ini dianggap 'ancient') tetapi ia dijaga dengan baik oleh penjaga rumah ini. Lawatannya disini agak berpatutan oleh kerana nanti rumah ini nanti dia harus usahakan mengikut kehendaknya.










   







Ellron duduk bersantai di dalam rumah kaca yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan bungaan. Dia duduk di meja yang dikelilingi dengan bunga mawar pelbagai warna. Disebelahnya berdiri Butler Murphy menemaninya. Ellron membelek-belek tabs yang berada diatas ribanya, dia melayari web yang menarik minatnya. Sambil itu dia membaca satu berita menarik berkaitan kawasan berdekatan dengan mansion nya...03 Jul 2030 Aberdeen : Sudden Heavy Snow and Huge Storm will effect north UK including Glasgow and Aberdeen this evening. Citizen should stay inside their house and avoid any outdoors activities.
Ellron terus menunujukkan tabs nya kepada Murphy "Look at this, do you know about this?"
Murphy menjawab "No, I didn't know? Should I warned the staff?"
"Yeah, go ahead. Make sure everyone safe in the house. Close every doors and windows before evening. Should go to see granpa"
"Yes of course my lady"
Murphy terus berjalan meninggalkan Ellron dalam rumah kaca. Ellron tidak pernah melihat cuaca teruk di kawasan ini, bahkan tidak pernah tertikir yang dia akan melalui situasi begini. Dia biasa menetap di Malaysia yang hanya mengalami keadaan cuaca panas dan hujan, jarang sekali ada ribut petir. Berbeza sekali dengan tempat ini yang selalu mengalami perubahan cuaca.